Muafakat Care
FAQ

Soalan Lazim

Apa itu Muafakat Care?

Muafakat Care ialah program Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri (PPM-002-10-13032020), sebuah NGO kebajikan di Bakri, Muar, Johor yang menjalankan foodbank bulanan, wakaf katil hospital, sedekah subuh dan bantuan kecemasan.

Adakah Muafakat Care berdaftar?

Ya. Muafakat Care berada di bawah Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri, berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), no. PPM-002-10-13032020.

Kawasan mana yang dibantu?

Fokus utama kami ialah kawasan Bakri dan Muar, Johor.

Berapa kos satu pek foodbank?

RM50 untuk satu pek makanan asas. Infak ikut kemampuan, RM10 pun diterima.

Bagaimana saya tahu infak saya sampai?

Setiap agihan direkod dan dilaporkan di Papan Impak, lengkap dengan tarikh, bilangan penerima dan kos.

Akaun mana yang sah untuk infak?

Hanya pautan BCL rasmi dan akaun Maybank Islamic atas nama Pertubuhan Kebajikan Muafakat Bakri. Kami tidak pernah meminta infak ke akaun peribadi.

Bagaimana nak mohon bantuan?

Isi borang di halaman Mohon Bantuan atau hubungi kami melalui WhatsApp. Pasukan kami akan menyemak permohonan anda.