Muafakat Care
Program

🍚 Foodbank Bulanan

Foodbank Bulanan Muafakat Care mengagihkan pek makanan asas kepada keluarga yang memerlukan di Bakri dan Muar, Johor, setiap bulan. Satu pek makanan asas bernilai RM50.

Apa kami buat

  • Senarai penerima disemak oleh pasukan sukarelawan setiap bulan.
  • Barang dibeli, dibungkus dan dihantar ke rumah penerima.
  • Setiap agihan direkod dan dikongsi di Papan Impak.

Kos

RM50 = 1 pek makanan asas

Agihan lepas

April 2026 · Bakri

Foodbank Mac hingga April 2026: 40 keluarga dibantu

  • 40 penerima
  • Sumbangan orang ramai
Baca laporan penuh →

Soalan lazim

Berapa kos satu pek foodbank?

RM50 untuk satu pek makanan asas. Infak ikut kemampuan, RM10 pun diterima.

Siapa penerima foodbank?

Asnaf, ibu tunggal, warga emas dan keluarga B40 di kawasan Bakri dan Muar yang disemak oleh pasukan kami.