Program
🛏️ Wakaf Katil Hospital
Program Wakaf Katil Hospital Muafakat Care meminjamkan katil hospital tanpa caj kepada keluarga yang menjaga pesakit terlantar di rumah. Bila tidak digunakan lagi, katil dipulangkan untuk pesakit seterusnya.
Apa kami buat
- Keluarga pesakit memohon melalui WhatsApp atau borang.
- Pasukan kami hantar dan pasang katil di rumah.
- Katil dipulangkan bila tidak diperlukan, dan disalurkan kepada pesakit lain.
Kos
RM50 = 1 slot wakaf
Soalan lazim
Ada caj pinjam katil?
Tiada caj. Katil ini hasil wakaf orang ramai.